Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Wednesday 27 March 2013

BASiS #7 : The Best Birthday Ever !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .

Lamanya tak update blog . Rindu gilaa rasanya ! Okayy , kali nie kita tak nak membebel panjang2 , terus kepada agenda utama . As you knows , I was born on 2nd of March 1996 , dan pada 2hb Mac yang lalu , saya telah menyambut birthday saya yang ke-17 ! ~wootwoot~

Seriously , itu adalah birthday aku yang paling grand sekali ! Ye laa , gila tak grand , untuk birthday aku je , aku dapat 3 biji kek , tau . . Okay , kita mulakan cerita mengikut kronologinya . .

1 Mac 2013 (Jumaat) , 11.45 malam

Malam tu , semua ahli dorm aku lesap , tinggal aku sorang je dalam dorm . Feeling bored , aku pun buat homework Chemistry , sebab aku dah dapat agak diorang mesti nak buat prank untuk birthday aku . . Yang kelakarnya , aku boleh nampak selipar adik2 dorm aku bersepah-sepah depan dorm Aina Fadil , kantoi laa . . Okayy , aku pun tunggu je laa , apa yang diorang nak buat kat aku .

Tapi , sampai pukul 1.00 pagi , tak nampak langsung batang hidung diorang , aku pun dah mengantuk dah waktu tu . Mungkin kalau aku tidur , baru diorang nak buat prank kat aku kott . Sebab aku perasan dah 2 , 3 kali adik dorm Aina lalu-lalang depan dorm aku , nak survey aku dah tidur ke belum laa tu :p Pastu , aku pun naik atas katil , and tidur .

Tiba-tiba , aku rasa katil aku bergegar kuat , aku bukak mata , nampak ada lembaga putih atas locker , memanggil-manggil nama aku . Disebabkan terkejut , aku sebut " Ya ALLAH " and aku terus tutup muka aku dengan selimut . Then , berkumandanglah lagu Happy Birthday . Yeah , diorang berjaya prank aku ! Aku pun turun dari katil . Tetiba , diorang bawak kek , terkejut beruk aku ! Mana pulak datangnya kek nie? Pastu , diorang bagi aku kad ---> banyak gila . .

Then , acara makan - makan pun bermula . Aku desak diorang cerita mana diorang dapat kek tu , tapi diorang tak nak bagitau . Diorang pun bercerita pasal prank tadi . Adik dorm aku , Aina Athira dengan Nureen gegarkan katil aku . Aina Fadil pergi blackoutkan satu aras semata-mata nak bagi scary effect . Sabrina laa yang jadi hantunya . . Kurengg betul laa . Siap pakai telekung lagi . Nasib baik aku nie jenis yang tak menjerit , kalau tak , free je kena roll call dengan warden . .

2 Mac 2013 (Sabtu)

Pagi tu , aku ada latihan dikir barat , so aku tak masuk prep . And aku dapat tau yang budak-budak kelas aku tertunggu-tunggu kedatangan aku sebab nak celebrate birthday aku . Seriously , rasa bersalah gilaa !
Malam tu , budak-budak perempuan kelas 4 Al-Farabi tahun lepas datang buat surprise kat aku . Siap berselubung dengan selimut ala-ala ninja . Diorang cakap diorang nak jadi the last yang wish untuk birthday aku . Diorang bagi aku card and ada satu ayat yang betul2 menyentuh perasaan aku . . berkaitan konflik aku dengan Paan . Cerita ini akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang .

3 Mac 2013 (Ahad)

Aku outing , tapi tak pergi mana . . balik rumah je . Mama belikan kek untuk aku bawak balik asrama . So , this is the second cake for my 17th birthday ! Aku ajak semua budak-budak perempuan kelas aku makan kek secara berjemaah kat dorm aku .

5 Mac 2013 (Selasa) 

Malam tu , time supper , I got the 3rd cake for my birthday ! Kali nie , dari ketua kelas 4 Al-Farabi yang berdedikasi , Paan . . Mahal dohh kek tu . Chocolate Indulgence from Secret Recipe ! Atas kek tu , tertulis " WE R SORRY , PEACE :) FARABOYS "



Sweet sangat ! Aku rasa terharu sangat , sebab tak pernah ada orang yang buat macam tu untuk aku . . Aku rasa happy sangat . Tapi ada jugak perasaan bersalah sebab aku dengar Paan habiskan lebih RM80 untuk kek tu , tapi nanti untuk birthday dia , kitorang , Faragirls pulak akan buat surprise untuk Paan . . 

p/s : Kalau nak tau lebih lanjut pasal konflik antara aku dengan Paan , dan kenapa dia bermurah hati belanja aku kek Secret Recipe , baca post seterusnya , okie dokie ?

No comments:

Post a Comment