Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Friday 27 January 2012

50 things about me ~


Sebenarnya , post kali ini saya dapat inspiration dari BEAUTIFUL MONSTER. Bila saya baca post tu , saya pun terfikir nak buat benda yang sama . Sebelum ni , ramai orang salah sangka dan cakap yang saya ni sombong . Tapi sebenarnya , tak ! Okey laa , baca je apa yang saya tulis kat bawah nie . .

  1. Nama penuh 'makhluk' nie ialah Nur Liyana binti Muhammad Ismayuja . Ingat tau !
  2. Boleh panggil Liyana , Ana , Yana . . and of course my cyber name is Lya !
  3. I was born on March 2nd , 1996 . That means I'm 'sweet 16' and a Pisces  =_=
  4. Bakal meninggalkan rumah dan tinggal kat asrama . . Tragis !
  5. Saya nie K-freakz ( gila kuria @ Korea )
  6. Bukannya sombong , cuma pemalu dan pendiam . . ( bercakap bila perlu )
  7. Takut dengan semua serangga dan binatang kecik ect. tikus , katak 
  8. Tak pandai masak , yang simple2 boleh laa , yang complex tu , kena tengok buku , hehe
  9. Boleh menjahit , tapi ikut suka hati kepala sendiri .
  10. Tak suka dibebel , kalau nampak muka tenang tu , jangan laa disangka tak ada apa2 ye ?
  11. Dalam proses belajar bahasa Jepun dan Korea .
  12. Tak suka lepak dekat luar , lebih suka lepak dalam rumah je .
  13. Seorang yang lembik , tak pandai dalam apa jenis sukan sekalipun . .  huhu
  14. Tak tahu bawak motor , tapi teringin nak belajar . .
  15. Tak pandai berenang , apungkan diri tu boleh laa :)
  16. 3 tahun berturut - turut jadi bendahari kelas . ka-ching!
  17. Suka baca komik dan kumpul komik  . . Gempakstarz!
  18. Kuat menangis , tapi bukan dalam real life , cuma bila baca novel sedih , nangis . Baca komik sedih , leleh , Tengok cerita sedih , 5 saat je , air mata dah bergenang !
  19. Buta IT , buta kamera , pendek kata , buta teknologi . . 
  20. Tak ada ramai kawan .
  21. Tak pernah outing dengan kengkawan . huu ~
  22. Tak tidur berdengkur , tak tidur lasak . . 
  23. Ada selimut favourite yang saya namakan 'selimut pink'
  24. A family person . -_-
  25. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah , saya hanya bersekolah di sekolah perempuan je .
  26. Saya pendek , kesian kan ?
  27. Suka masuk kedai Guardian , Watsons , dsb.
  28. Seorang yang pembersih , dan rasa macam nak sepak je orang yang sepahkan @ kotorkan tempat yang saya dah bersihkan .
  29. Pendendam . So , jangan buat jahat kat aku , sampai mati pun aku takkan lupa .
  30. Seorang yang kedekut , jangan harap laa saya nak belanja .
  31. Memandangkan sekarang nie SIM card expired , so , x payah nak mintak nombor , ek ?
  32. Suka cosplay , tapi tak pernah try .
  33. Suka tengok CSI . 
  34. Antara Playstation dengan computer game , saya pilih . . COMPUTER GAME !
  35. Suka melancong dengan family , tapi terpaksa dihadkan sebab takde bajet .
  36. Masih tak tahu cita - cita bila dah besar nanti . 
  37. Suka chocolate , ice -cream . . haha !
  38. Suka membaca especially novel , komik and magazines .
  39. Pernah bermimpi yang saya berjumpa dan bercakap face to face dengan Minho SHINee . . wooo~
  40. Teringin nak buat video clip sendiri . Ada sesiapa yang boleh ajar ?
  41. Mengidam nak beli barangan Momoe . Tak kisah laa apa , janji Momoe . .
  42. Berminat nak buat cake , cupcakes . .
  43. Teringin nak jadi orang kaya . $$$$
  44. Sangat jahil dalam dunia kereta . Saya tak tahu kereta nie mahal ke , murah ke , serius memang tak tahu apa !
  45. Seorang yang sangat nerd masa kecik dulu .
  46. Walaupun ada orang 'anti' dengan saya , tapi saya buat2 tak faham and still layan diorang macam biasa . Saya bukannya orang yang suka memutuskan silaturrahim . 
  47. Suka something yang simple dan tak suka beratkan kepala dengan benda - benda remeh .
  48. Suka sembang dengan Balqis si bakal pilot sebab banyak tahu benda baru .
  49. Tak tahan panas . ( puteri lilin )
  50. Lastly , saya harap ramai orang like blog saya nie . please~

Friday 20 January 2012

Selamat Tinggal . . .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,


Alhamdulillah , permohonan saya ke Sekolah Berasrama Penuh diterima .


Saya nak cerita sikit pasal detik - detik bila dapat tau yg saya berjaya jadi budak SBP !
Serius , macam x percaya je !


Jumaat , 20 Jan 2012 , 6:50 pagi .


Saya masuk bilik parents saya sebab nak ambil stoking ,
Pastu Mama cakap , " Kak , result SBP tu dah keluar dah kan ? Kau dah check ke belum ? MARA punya pun keluar hari ni kan ? " Ayah yg baru bangun tidur pun dah cakap benda yg sama .


Saya yang furious , terus bukak Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia   .
Masa website tu tengah loading , saya bukak Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat  , dia suruh masukkan itu laa , ini laa , password laa , ( sebenarnya , masa tu dia tak update service lagi ) . Mama dengan Ayah dah sibuk - sibuk cari password MARA tu .


Then , saya bukak balik website KPM tadi .

   TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH SEPERTI DI BAWAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
AGILIRAN:BA037K023
NO. KAD PENGENALAN:960302016330
NAMA:NUR LIYANA BINTI MUHAMMAD ISMAYUJA
SEKOLAH ASAL:BEB0109 - SMK (P) RAJA ZARINA
NO. TELEFON:014-2647001
NAMA SEKOLAH:SEK MEN SAINS BANTING
ALIRAN:SAINS TULEN
ALAMAT SEKOLAH:JLN SULTAN SULEIMAN SHAH JUGRA
:
POSKOD:42700
BANDAR, NEGERI:BANTING, SELANGOR
NO. TEL. SEKOLAH:
TARIKH PENDAFTARAN : 31 JANUARI 2012 (SELASA)
Penawaran rasmi adalah tertakluk kepada Surat Tawaran Rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.





Masa tu , memang tak tau nak cakap apa . Tergamam sehh !


Saya pergi kat parents saya , " Ma , Ana dapat SBP tu " ( of course laa bagitau mak dulu kan ? )
Then , Mama peluk saya , Ayah pulak dah berlari pergi bilik saya , nak tengok notebook . 


Memang saya terkejut gila laa . Padahal , saya tak mengharap pun nak masuk SBP tu , sebab masa darjah 6 tak dapat masuk asrama . Frust laa konon . 

Saturday 7 January 2012

Ganjaran Terhebat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Alhamdulillah , minggu pertama persekolahan berjalan dengan lancar .
Saya dapat jadi bendahari kelas , walaupun tak berapa nak rela , tapi demi markah kokurikulum , aku gagahkan jua . . . huhu :)
Untuk kelab pulak , saya dapat jadi naib bendahari . Tak ada angin , tak ada apa , tiba - tiba , sapp ! . .  Pn Rohazila dah pilih saya . Muktamad ! Terpaksa laa menerima suratan takdir . . ecehh ~

Okey laa , berbalik kepada topik asal , GANJARAN TERHEBAT .

Disebabkan saya dapat 8A untuk PMR , so saya ada laa dapat hadiah dari saudara - mara .
Paling banyak , dapat duit laa . Patut laa , malam sebelum dapat result , tapak tangan saya rasa gatal sangat !
Si Nuri nie pulak menyibuk join sekali . Dia kata , "50 percent. . "  Merapu laa kau .

Yang paling best , dapat hadiah notebook ! Ini laa namanya , ganjaran terhebat !
Mama dengan ayah belikan Lenovo Ideapad . Warna biru . .




Yang kelakar nya , tuan punya barang tak rasmi lagi , adik nya dah main . Si Isyraf dengan Syahmi , sampai bergaduh bagai . . hehe .



Sunday 1 January 2012

Lama tak blogging . .


Assalamualaikum .

Dah lama dah saya tak blogging , lama sangat !
Okey , pertama sekali , Alhamdulillah , saya mendapat 8A dalam PMR .
Mula - mula tu , terkejut jugak . Tak sangka boleh dapat straight A's . .

Masa beratur nak ambil result , saya tak rasa nervous sangat , sebab classmates yang beratur dekat depan saya tu berderet dapat straight A's . .
Bukan nak cakap besar laa , tapi memang masa tu saya rasa konfiden dapat 8A .

Lepas tu , sampai depan meja cikgu . Cikgu bagi result . Cikgu peluk saya .
Tiba - tiba , Mama datang . Tanya cikgu . " Macam mana anak saya , cikgu ? " . Cikgu kata , " 8A " .
Mama kata " Ya ALLAH , kak . . Sekali lagi " . Mama menangis . Peluk cikgu . " Terima kasih , cikgu " .

Memang masa tu saya blur gila . Saya tengok keliling saya orang dah menangis dah . Saya rasa nak menangis , tapi entah kenapa air mata tu tak keluar .



Lepas tu , saya tengok balik result saya . Kira betul - betul , mana tau tersalah pandang ke apa ?
Masa tu , mata saya dah ' bocor ' . " Ya ALLAH , inilah hasil usaha aku tak pernah ponteng kelas tambahan , balik sekolah pukul 2 sorang - sorang , kena belajar subjek SEJARAH sendiri sebab Cikgu Lia dah pindah sekolah , pergi library Port Klang sorang - sorang semata - mata nak cari bahan akhir untuk kerja kursus Sejarah , dan banyak lagi laa " .

Apa pun terima kasih banyak - banyak pada :
  1. Pn Rohazila ( guru kelas , guru KHB )
  2. Pn Rashidah Hashim ( cikgu BM yang banyak bukak kamus dan betulkan tatabahasa kitorang )
  3. Pn Fauzean Fauzi @ FF @ Pn Pau ( cikgu BI yang sempoi gila )
  4. Pn Ea Mee Yuh ( cikgu Maths , thanx sebab bagi banyak latihan , sebab paper Maths memang senang sesangat )
  5. Pn Norliza Mohamed ( penyelaras RK , cikgu Sains . . thanx sebab 'mendera' kami dan bagi nota free . Memang membantu sangat . Saya harap boleh belajar Biologi @ Kimia dengan cikgu tahun ni )
  6. Pn Norlia ( cikgu Sejarah , sebelum cikgu pindah , banyak buku kerja yang kita dah 'khatam' , kan ? )
  7. Pn Saraswathy ( cikgu subjek favourite , GEOGRAFI ! )
  8. Pn Wan Durriyah ( ustazah yang sporting dan kelakar )
  9. Pn Norliza Sudin ( guru KHB kedua , banyak ajar pasal akaun ) 
  10. Mama saya , S. Roha bt Suib ( sebab belikan buku latihan yang banyak , dan membebel " kenapa tak buat latihan nie ?! " )
  11. Ayah saya , Muhd Ismayuja ( sebab tak banyak membebel . huhu )