Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Tuesday 20 December 2011

Result PMR esok !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Esok , hari Khamis , 22 Disember 2011 . .
Saya akan dapat result PMR .
Takutnya !



 



Ya Allah ! Seriously , memang saya tak yakin langsung dengan result tu nanti .
Paling tinggi pun , saya target 6A 2B je .
Tak nak laa mengharap sangat , nanti kalau tak dapat buat sakit hati je , kan ?

Sebabnya , paper Sejarah susah gila . .!
Itu pun belum tentu lagi saya boleh pass ,
entah - entah gagal ! ( Nauzubillah ! )


Apapun , kepada semua bloggers ,
doakan kejayaan saya esok , ya ?
Tak dapat result yang sangat - sangat cemerlang pun takpe laa ,
asalkan bagus dan boleh membahagiakan kedua - dua ibu bapa saya .
Amin . .

Wednesday 7 December 2011

Amira Afiqah DiFITNAH !


Saya baru saja survey satu blog yang telah mengutuk main singer of BEAST , iaitu Yang Yoseob . .

Yoseob


Memang saya rasa sentap , tipu laa kalau saya kata tak ada rasa apa - apa , kan ?
Tapi , malas laa nak panjang cerita . .  Lagipun , komen - komen yang 'membambu' tuan punya blog tu pun dah panjang berjela , setakat nie , dah ada 1550 comments .

Tetiba pulak , masa tengah survey komen yang lain , rupanya blog tu FAKE ! Diulangi , Fake ! Jadi , kepada peminat setia K-POP , jangan laa maki hamun orang lain secara melulu  . . Selidik dulu , siasat dulu . .

Katanya , orang yang dah membina blog tersebut telah menggunakan nama dan gambar Amira Afiqah ( xtau sape??? tengok sendiri . link ada kat atas ) Saya sendiri pun dah dapat menghidu unsur - unsur penganiayaan ( cewahh ) . Antaranya ialah :

  1. Blog nie simple sangat , takde apa - apa information  and pemilik blog nie sengaja letak gambar si Amira Afiqah nie dengan caption nya yang bertulis " I'm beautiful right ? Yea , I know " . Macam sengaja je nak orang tengok kegedikan dia . .
  2. Nama blog nie pun dah cukup memalukan and menggedik . .

    Budak Gigi Rabbit



    Don't hate me cause I'm beautiful than you okayy ! 
    Saya rasa orang yang letak nama blog dia macam nie , sama ada dia teraniaya , atau gedikss !
  3. Blog nie baru je dibuat bulan nie , tapi post pertama dia , mengutuk orang pulakk ! Biasanya , kalau first timer mesti laa tulis post pasal nak kenalkan diri , ataupun tulis post yang menunjukkan yang dia tu budak baik yang naive and innocent . . ( jangan nak menafikan , i'm sure ramai yang pernah buat macam nie )
 Saya cuma kesian je dengan budak nie , yelaa , mana laa tau , bila dia keluar jalan - jalan . . kena penampar free ! Lagipun , ramai kawan - kawan saya yang dah terkena , kesian . .  free je kena kutuk .

Tuesday 6 December 2011

BaldiGambar #3 : Cupcakes !


Zaman sekarang nie , ramai orang tempah cupcakes untuk majlis - majlis tertentu . . . Majlis perkahwinan , ulangtahun kelahiran , ulangtahun perkahwinan , Hari Raya , dan yang akan datang , KRISMAS !

Of course laa saya tak sambut Hari Krismas , tapi kita nie 1 Malaysia , kan ?

Okey laa , tadi saya ada survey gambar - gambar cupcakes yang comel sesangat ! Maybe , ada yang nak try buat cupcakes masa cuti nie . . . Semoga post saya nie boleh memberi inspirasi kepada anda semua untuk decorate cupcakes tu . . . okie ?


Warna - warni . . mesti yummie !

Loved by kids !

Garfield ?

Macam dalam game Pac Man . . huhu :)
Fabric cupcakes !

Wishing you a Happy Christmas !
Specially designed for a beautiful wedding
An inspiration for the coming Valentine's , maybe ?






Monday 14 November 2011

Lawak MBLAQ !


Tersebutlah kisah . .

Beberapa abad yang lalu , sewaktu menonton K-Pop Countdown " SBS Inkigayo " , menjelma lima lembaga menyanyi lagu " Mona Lisa " . .

Loly : Wei , mana satu anak Rain ?
Lya   : Semua nie laa . .
Loly : Biar betul ?? ( buat muka tergolek dog )
Lya  : Betullah . .
Loly : Dia ada 5 anak ?
Lya : Anak didik laa . .
Loly : Owhh . .  aku ingatkan semua nie anak kandung dia  . .  heheh :)
Lya : !@#$%!  Kau ingat semua nie anak kandung dia ? Kenapa ' ringkas ' sangat otak kau nie ? Kau ingat dia ada anak kembar lima ke ???

MBLAQ

Rain



Monday 31 October 2011

Hari last cuti . . .

Aigooo  . . cuti sudah habis maa . . . !
Tak puas lagi duduk rumah , nak cuti lagi . .
Tapi , nak buat macam mana , RZ tu bukannya sekolah aku , sesuka hati je nak ponteng . .
Kalau sekolah tu jadi sekolah ayah aku pun , hmm . . . belum tentu lagi dapat memonteng . . heheh :)

Hari Ahad semalam , kitorang 4 beradik , Mama dan Miss M telah  'menjajah'  IKEA . .




Yeah , seperti biasa laa , shopping barang - barang rumah . .
and then , pergi makan di tempat lepak biasa , Uncle Lim's Homegrown Taste .



Dah makan sampai kenyang , pastu takkan nak terus balik , kan ?
' Walking - walking = jalan - jalan ' laa kat situ . .
Pergi kedai fevret aku iaitu . . jeng , jeng . . Guardian je laa , bukannya apa pun .



So , dalam post kali nie , aku nak share gambar - gambar yang aku tangkap .
Enjoy !



Teka laa yang mana satu aku . .
( psstt , tali kasut hitam ! )

Percayakah anda semua yang 3 gambar di sebelah nie diperbuat daripada tanah liat ? Heheh . .  Percaya je laa  . . Support Yenji Clay Craft !

Monday 10 October 2011

My Top 5 List

Top 5 program TV favourite :


1.  Running Man ( Korean Variety Show )





2. Protect The Boss ( Korean Drama )





3.  Secret Garden ( Korean Drama )






4.  Strong Heart ( Korean Variety Show )




5.  Heroes ( Korean Variety Show )















The War Is Over ..

At last , the war is over . .
Rasa lega sangat , tapi saya tak rasa happy pun . . gumbira ??  Lagi laa tak . .

Disebabkan saya dah lama ' berpuasa ' blogging ,
akibatnya , rasa macam ada benda yang tak kena je . .

( eceyh , baru lepas PMR nie )-->Antara persoalan yang bermain di benak fikiran ku :

1. Blog aku nie dah buruk ke ?
2. Orang lain dah boring ke dengar lagu 'Mirror Mirror' nie ?

Kepada semua pengunjung blog ini , tak kira laa sama ada followers atau pun tidak , sila laa ( saya merayu) beri cadangan yang memberangsangkan supaya saya boleh memperbaiki segala kelemahan atau kekurangan yang terdapat di blog ini dan dapat memuaskan hati semua orang sekali gus menjadi antara wadah perantara yang terbaik di alam maya . .

Anda semua yang berminat untuk memberikan cadangan , boleh meninggalkan komen di post ini , atau pun jerit = shout di shoutmix saya . .



Sekian , wabillahi taufik walhidayah , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

p/s : Otak saya masih bengong dengan PMR , jadi ignore sahaja bahasa berbunga - bunga cinta nie . .



Wednesday 17 August 2011

Aku Memang BENGANG Giler ...!




KAU !
Aku memang x tau laa apa masalah kau nie ..
Apsal kau buat perangai mata duitan nie ..?



Kalau nak ikutkan hati , dah lama aku TUMBUK muka kau yang x lawa tu , kau tau x ?

-------------------------------------------------------------------------------------------


Mesti korang tertanya - tanya apsal aku marah-2 macam orang gila meroyan nie , kan ?
Actually , aku rasa malu nak cerita .. tapi , kalau x diluahkan , takut giloss pulak ..
Sebenarnya , nenek tiri aku kikis harta atuk aku ..
Dah elok-2 duit berpuluh-2 ribu , sekarang nie tinggal RM 2000 je ..

Sekarang nie , masalah nie dah jadi isu besar dalam family kitorang ..

Hari tu , atuk masuk hospital .. tapi , xtau disebabkan apa ..
Sabtu tu , Ayah sorang je balik Temerloh .. sebab kitorang ada periksa ..
Doktor dah buat check-up , tapi lagi 4 hari result dia keluar ..
Doktor syak atuk kena keracunan makanan ..

Ini yang membuatkan kitorang semua musykil lagi pelik bin ajaib ,
Atuk makan apa sampai keracunan makanan ?
Nenek tu bagi atuk makan apa ?
Benda biasa ke ? Benda 'luar biasa' ?
Sebab ayah aku cerita muka atuk masa tu pucat gila ..

Pastu , boleh pulak masa orang tua tu terlantar kat hospital ,
si nenek tu boleh balik rumah kat Koyan ,
ambil duit kelapa sawit atuk , pastu belanja entah ke mana ..
Isyhh . . terukk arh !

Beberapa hari lepas tu , Mak Itam aku call Ayah ,
dia cakap , dia dah check akaun atuk ..
sebab dia yang uruskan akaun atuk ..
Tinggal 2 ribu je ..
Mana lesapnya duit yang lain ?
Mana ? Mana ?

Pastu , Mak Itam aku tanya kat atuk ..
Atuk aku pon cerita ..
Si nenek tu selalu mintak duit ..
Beli kereta , gelang emas dua urat , beli tu , beli ni .
Macam-2 laa ..

Ini yang membuatkan aku menyirap nie ..
Sebab ayah kata masa dia tengok atuk ,
atuk dah jadi macam orang bodoh ..
Paham-2 laa ..

Maybe atuk dah kena 'buat'
Mama aku kata , orang macam ni lain sikit ..
Agaknya dia x pernah nampak duit berkepuk-2 depan mata ..

Patut laa tiap-2 minggu anak-2 dia datang rumah atuk ..
Bila anak-2 dia datang rumah , apa lagi .. si nenek tu belanja laa ..
Beli tu , beli ni ..

Lagi satu , ayah aku cerita , masa ayah balik kampung ,
masya-Allah . . rumah bersepah gila ..
Padahal anak perempuan dia yang jalan x betul tu pon duduk sekali ngan dia ..
Takkan laa x boleh nak kemas rumah ?
Handphone atuk aku pon dia ambil ..
So , kitorang x boleh call atuk , atuk pon x boleh call kitorang ..

Apa-2 pon , memang aku bengang gile laa dengan si nenek tu ..

Aku cuma nak cakap , sampai bila-2 pon ..
Aku xkan mengaku yang dia tu nenek aku ..
Aku xkan halalkan satu sen pon duit yang dia dah ambil daripada atuk aku . .
Dan , aku doakan supaya jodoh diorang x panjang ..

Dan , yang paling penting sekali , aku nak tengok balasan dunia yang akan dia dapat nanti ..




Sunday 14 August 2011

Macam - Macam Bebudak Zaman Skang nie ..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...
Salam , bloggers ..

Hmm .. semalam , aku baru je edit blog adik aku .. tapi , still buruk lagi .. aku ada banyak idea dan benda nak buat kat blog dia , tapi , masa tu aku dah down ... penat menghadap netbook nie lama-2 .. sakit mata aku ..! kalau nak tengok , nie link dia ..


Dan , telinga aku pun sakit jugak .. sebab adik aku nie asyik terjerit-2 x puas hati sebab dia punye ex tulis pasal dia kt belog .. http://akmallifediary.blogspot.com/  ... tapi aku x tau kenapa x boleh nak bukak belog nie .. tapi x pe , untuk x nak menghampakan korang .. ( ceyh , ayat cannot go ..) , aku copy paste balik apa yang budak tu tulis ..


masa aku standard 4 .....hari pertama aku dtg ke sculll . aku terlihat seorang perempuan nama dye nuri suraya pada hari 2 aku terpikat kat dye ...... aku cuba nak dekat dengan dye tapi salah seorang kwn aku un suka ad dye ....tapi aku x putus asa .......!!!!!!!esoknye .....aku tau bahawa dye sebernanye un suka at aku ....aku terus tanye ad dye...

akmal:tul ker awak suka ad saya ?????nuri :ermmm....... yeww.......akmal:kalau cam 2 kita kapel nak ???nuri :nak......pada ari 2 aku terus kapel nan dye.aku sonok ngan dye tapi perhubungan antara kitorang x lama.......... aku terus putus nan dye aku percaya yg kwn ku boleh menjaga nye dgn baik...aku bagi peluang ad kwn ku......Luahan Dari Akmal's Life Diary


Pada masa tu , memang aku terkejut gilak tengok post nie , memang x boleh blah laa ayat dia tu .. tapi , adik aku cakap , mamat nie sukee putar belit cerita ... dia kata diorang x cakap face to face tetapi mereka saling berutus surat .. eeeww , susahnyee nak pakai surat , text kan senang ?

Sunday 7 August 2011

57 days to go ..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , bloggers sekalian ..

Tinggal lagi 57 hari je lagi ..
untuk ape ? PMR laa derr ..
kalau ade yang perasan , dalam blog nie , aku selalu selitkan countdown to PMR dalam sesetengah post ..
itu tandanya , aku takutt , berdebar - debar , nervous , seramm .. dan perasaan-2 yang sewaktu dengannya ..

Sunday 31 July 2011


Sana - sini orang sibuk ucap SELAMAT BERPUASA dan ucapan-2 yg sewaktu dengannya .. tapi , jangan risau ... don't worry , be happy .. sebab aku xkan tulis pasal benda yg semua orang dah tau tu .. heheh  ^_^

Ni , ada satu story nie , semalam aku telah berjaya membuatkan parents aku terkejut beruk ..!


Nak tau sebab apa ? Meh sini , aku ceritakan ..

Aku          : Ma , kalau kita start puasa besok , maknanya 31 hb tu dah raya laa ?
Mak aku   : Hmm ... Ye laa tu .. ( buat muka boring )
Aku           : Pastu terus PMR ???
Ayah aku  : Kenapa ? Kau periksa bila ?
Aku           : 4 hb 9 laa ... ( buat muka bengkek )
Parents aku : Hah ?? Kau biar betul , kak ? Takkan laa lepas raya terus exam ? Betul ke tarikh tu ? Cuba check balik ..

( setelah aku pikir , punya pikir , punya pikir .. )

Aku : O-o-oh , salah tarikh .. 4 hb 10 ... hehe ... ( sengih tetiba )

Friday 22 July 2011

Moving On ..

Yeah  ......
It's time to move on ..

Setelah lebih kurang 15 tahun duduk kat sini ..
Akhirnya , terpaksa jugak pindah rumah ..
( Sedih syial .. )

Semalam , masa kemas almari ... aku menangis sehh ..!
Banyak gila kenangan kat rumah nie ..
Nostalgik sungguh !

Hari Ahad nie , kitorang akan pindah ..
So , kena laa siapkan kerja cepat-2 ,
Sebab besok nya SEKOLAH !
 NO EXCUSES ...!

Jangan memandai - mandai nak ponteng ,
Nanti kang , x pasal-2 kena bebel ngan Pn R ...
Dan , lebih teruk lagi ..
PMR tinggal lagi 74 hari je lagi ..

Aduss , STRESS doe ..

Friday 15 July 2011

"Be very careful if you make a woman cry because God counts her tears. Every tear a woman sheds is equivalent to a man’s sacrifices in life. The woman came from a man’s rib, not his feet to be stepped on, not on his head to be superior but on his side to be equal, under his arm to be protected and near his heart to be loved."






Thursday 14 July 2011

’Enter’ the masjid,

‘Forward’ your solat,

‘Download’ pahala,
...
‘Firewall’ your iman,

‘Backspace’ from syaitan,

‘Bookmark’ to ALLAH SWT,

’Delete’ ALLAH’s enemies,

‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,

‘Help’ your muslim brothers n sisters,

‘File’ your amal,

‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds,

‘Search’ the straight and right path,

And InsyaALLAH you will never get ‘virus’
See more

Otakku Merusuh !


Akhirnya , selesai dah MIBF 2 ..
Selama 4 hari exam , mmg otak aku nie merusuh laa ..
Bukannya merusuh nak pergi BERSIH , erk ?
Otak aku nie mmg degil ..
Ape bende yg aku baca pon aku x tau ..
Pendek kata , mmg otak aku nie blank laa masa tu ..


Malam tadi , kena tolong parents aku clear kan almari pulak ..
Yer laa , kitowang kan nak pindah x lama lagi ..
So , kena laa start packing dari sekarang ..

Mula - mula , kena kemaskan semua pinggan mangkuk hiasan yang ada kat dlm almari hiasan ..
Perghh ... mmg BANYAK giler laa collection Vantage mak aku ..
Aku rasa aku nie dah macam tukang balut hadiah plak ..
Sebab ... mak ayah aku main longgok je semua pinggan tu kat aku ..
Pastu , aku kene balut ..
Sampai hitam tapak tangan aku nie ..
Sebab pinggan tu berhabuk ..



Friday 8 July 2011

Tak Puas Hidup ke Tak Nak Hidup ??

Kenapa title aku nie macam scary je ? aku bukannya nak bunuh diri , kay ? sebenarnya , aku risau gila babeng laa pasal pmr .. tinggal lagi 87 hari je lagi .. aku rasa aku x buat preparation ape pon .. bila aku mengadu kat orang lain , diorang kata , " xpe , kau kan pandai .. mesti dapat straight A punye laa " .. asyik-2 ayat yg sama je aku dengar .. daripada sepupu - sepapat aku sampai laa ke member-2 aku , semuanya cakap bende yang sama je .. tensen !!

kadang-2 , aku terpikir .. " bila laa nak pmr ? " tapi , sekarang nie , aku rasa macam masa nie sekejap je berlalu .. tengok-2 , tinggal lagi 2 bulan lebih nak pmr .. lagi  satu , aku rasa raya tahun nie mesti x best .. sebab beraya sblm pmr .. mana best dowh .. x syok langsung ..! aku ada terpikir gak , kalau boleh .. tahun nie aku x nak balik kampung , sebab nak concentrate on my studies .. tapi , bila pikir 2 , 3 , 4 , 5 , 6 kali ... mesti mak aku x bagi punye ..

Monday 20 June 2011

Pengalaman yang aku sendiri pun x pasti ..


Kenapa title untuk post kali ni macam lain macam sikit , huh ? Entahlah , maybe sebab aku sendiri pun x tau nak letak title apa untuk post kali nie ?

Okayy , macam yang aku dah tulis dalam post aku sebelum nie , aku ada cakap .. eh , bukan .. aku ada tulis yang atuk aku nak kahwin , kan ? Alhamdulillah , pada tarikh 19hb Jun 2011 , pukul 12.30 tengahari .. atuk aku telah bernikah dengan nenek tiri aku .. Seriously , terus terang aku cakap , aku x tau pon apa nama sebenar nenek tiri aku tu .. Lantak laa , nanti bila2 pon aku boleh tanya nama dia ape ..

Yang membuatkan aku terkejut gila ialah , ini merupakan perkahwinan atuk aku yang ke - 5 ... terkejut x ? Aku sendiri pon x sangka .. even aku pon baru tau semalam ..

Dahlah , aku pon xnak laa cerita panjang2 , takut ada orang yang x sukee pulak baca post aku nie ..

Okayy , ciauww ..

Friday 17 June 2011

Sape mau dengar celita ?


Haa ... sape mau dengar celita ?
Mai sini datang dekat sikit .. nanti x nampak plak tulisan kat blog nie ..
Huiih , dah lama dah aku x blogging , kan?
Rasa winduu laa plak ..
Heheh ..

Sebenarnya , aku ada cerita nak gitau kowang ..
Tapi aku x tau nak start camne laa plak ..
Okayy , kowang bace dan paham kan sendiri laa yekk ?


Cerita 1 : Atukku nak Kahwin Lagi 

Sila jangan gelakk , yerr .. Jika anda mau gelakk , pastikan aku x dengar kowang punye gelak ..
Ye .. cerita ini adalah benar belaka .. buat gapo aku nak tipu ??
Mula - mula tu , memang aku sendiri pon x percaya dan rasa cam nak gelak guling - guling laa ..
Tetiba je atuk aku nak kahwin lagi .. Bak kata Jep Sepah , hidup lagi perasaan tu ..
Hurmm .. atuk aku umur 75 , bakal nenek aku plak , umur 54 ..
Okayy laa tu , tapi kan .. minggu lepas atuk masuk hospital ..
Sebab apa ?
Sebab atuk x makan ubat .. pastu mula laa mata jadi golap - golito ..

Sebenarnya , atuk aku nie nak test power , dia nak tengok apa jadi kalau dia x makan ubat ..
Tak sampai sehari dah nak pitam ..
Atuk aku nie , memang camnie .. suka buat something tanpa fikir kesan buruk nya ..

So , kitowang satu family pon balik laa ke Temerloh ..
Atuk masuk HOSHAS ..


Sebenarnya , kampung kitowang kat Sg. Koyan , Raub , huiih owang Koyan nie , jangan memain tau .. Chef Wan tu satu kampung ngan aku ..

Hantar kat hospital Temerloh sebab dekat dengan rumah Mak Andak ..

Okayy , kitowang naik je kat wad .. ( saya , ayah ngan mama je .. budak2 x bley masuk )
Kitowang nampak atuk tgh shaving .. masa tu aku terpikir .. perghh , selamba gilak atuk aku nie .. orang lain sume sakit , atuk aku selamba rhinoceros je shaving depan cermin ..
Tapi , okayy laa .. at least atuk aku dah bley jalan2 ..
tak macam setengah orang tu dok terbaring je kat situ ..

Pastu , kitowang pon sembang arh .. Tapi , agak malu laa , sebab ayah cakap kuat .. sume orang pandang .. Maklum laa , atuk aku nie sound trouble skett ..  
Then , atuk bagi anggur satu paket .. Atuk x makan sbb manis sgt .. aku pon melantak laa ..
Pastu , atuk tunjuk gambar future wife dia ..
Kat dlm phone dia , Nokia ape ntah .. rupa dia lebih kurang macam nie ..



Dahsyat kan atuk aku ? Atuk aku nie banyak duit ( maksudnya kaya laa .. bukan nak riak , ek? )
Cuma dia selalu beli benda yg bukan - bukan ..

So , tu je laa yang aku nak cerita untuk entry kali nie ..
OH .. sblm terlupa , time on the way nak balik rumah , kitowang pon sembang2 laa pasal atuk kat dlm kereta .. Yer laa , budak2 bwh 12 thn kan x bley masuk .. so , adik2 aku nie nak tau laa ape cer ?

Pastu , ayah cakap .. " Atuk tu baru je masuk hospital 2 hari .. dah JK sebab x jumpe eye water ( mata air ) dia ..
Tau x ape tu JK ? Jap , ek ? Aku tanye tuan yg reka akronim tu ..
Sorry laa , weyh ..
Nabil kata , Lu pikir la sendiri !





JK tu maksudnya , Jiwa Kacau ..
credit to Maharaja Lawak khususnya Nabil ..
HuHu

Tuesday 7 June 2011

???


Help !!
Okayy , entry kali nie x bley nak tulis panjang - panjang ..
Sebab apa ?
Sebab , ada tetamu nak datang ..
Kalau tetamu biasa - biasa tu ,
xde laa saya nak gelabah tak tentu pasal camnie ..
Masalah nyer ialah ..
Tetamu ini sgt luar biasa ..
Tetamu itu adalah seorang ..
 ( mat saleh )
eh , bukan .. bukan ..
( minah saleh )

Haha .. nervous kan ?
Gila x nervous ?
Nanti saya nak cakap ape ngan dia ..

Sejak semalam lagi , saya dah suruh adik2 saya cakap English ..
Nanti kang terkedu bila owang tu tanya ..
Tapi , yang sentap nyer ..
Bila saya speaking ,
diorang cakap
" Ko nie apsal bajet speaking nie ? "


p/s : Tak bley nak citer banyak arh skang nie .. Sebab saya ade banyak gile kerja nak buad .. Yer laa , kite kan nak tunjuk kat orang luar yang Malaysia rocks ! Eh , salah .. Malaysia is the best ..!


Tuesday 24 May 2011

BaldiGambar #2 : Gila Sneakers


Saya mmg sukee gile - gile pada sneakers ..
Maybe x laa sampai gile , cuma saya mmg excited tengok sneakers yg mmg 'da bomb'!
Hari niey , saya survey gambar - gambar sneakers kat Google ..
Adew gak sneakers yg pelik - pelik yepp ..

niey laa sneakers versi Transformers ..

err .. saya x tau nak letak kapsyen apa ntuk pic niey ..

kasut nyer biase jerr , tapak yg lebihh ..!

langkah berjimat - cermat ..

nak kena kickboxing ke ?

ini laa kasut Lego , tapi camne nak pakai ?

teringin nak dengar muzik kuar dari kaki ..

pada yg berani pakai kasut nie , saya mmg tabik ngan kowang ..

kasut di atas kasut ? hurmm ..

Thursday 19 May 2011

BaldiGambar #1 : Koleksi Kek Pelik


Haih laa ..
Buhsan nyer laa ..
Walau pown minggu depan ada exam Science ..
Tapi serius , wa cakap sama lu ..
Wa malas giler nak baca buku ..

Opocot ..
Terkeluar pulak ayat gengster nieyh ..

So , hari nie nak citer pasal ape yerr ?
Ahah .. disebabkan saya tengah lapar ..
Apa kata kite citer pasal kek ?

Hurmm .. sebenar nyer x ada apa2 citer yg menarik pown pasal kek nie ..
Kowang tengok jer laa gambar2 nieyh , yerr ?

ade jugak kek macam nie , kan ?

kenapa dia buat kek kawen nie bentuk katil ?
lu pikir laa sendiri , ek ?

unik betul kek nie ..

what ?? dia potong nikon tu selamba badak je ?

scary sehhh .. jangan bunuh aku !

kalau x dapat Blackberry, kek dia pown jadi laa ..

menarik .. tapi , camne aku nak makan nie ?

macam mana nak potong kek nie ?