Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Thursday 31 May 2012

BASiS #2 : Kegilaan Farabians

Farabians ? Apa kebenda Farabians tu? Sebenarnya , tu nama untuk budak-budak kelas kitorang , kelas 4 Al-Farabi .

Selain daripada Farabians , kitorang juga digelar "krik-krik" . . yang bermaksud bunyi cengkerik . Ye laa , kelas kitorang kan terlampau senyap sunyi sepi sampaikan boleh dengar bunyi cengkerik . . LOL !

Tapi , sebenarnya ramai yang tak tahu , FARABIAN tu ialah sejenis spesies orang utan . kehkeh . Lawak sehh! Jangan bagitau orang lain , tau ? Malu aku bila orang kata kitorang nie orang utan . . Haha !

Tapi , tu dulu . Sekarang nie kitorang dah ada chemistry sikit . Err , sikit laa . . . Tapi , kelas kitorang nie boleh laa dikatakan gempak . . bagi aku laa .

Pernah sekali tu , masa aku dengan Aiman tengah bersihkan kelas , ( Aiman nie perempuan , k? )  Aiman terjumpa something dalam bakul sampah kelas . Then , " Liyana , Liyana . . tengok apa yang aku jumpa nie . " Aku pun tengok laa 'benda' tu . Ohh , sehelai kertas . . yang telah dilipat menjadi bentuk roket . Huhh , dah sah-sah laa nie kerja budak-budak lelaki . Tapi , ada tulisan laa dekat kertas tu .

Setelah membacanya dan bergelak ketawa sebentar , aku cakap dekat Aiman , "wei , jom tampal benda nie dekat softboard kelas" . Siap tulis lagi kat whiteboard :

 "Sila lihat info terbaru di papan kenyataan"

Bila budak-budak lelaki masuk untuk prep malam , semua tengok whiteboard , diorang cakap , " Siapa punya kerja nie ?" Aku buat muka innocent sambil cakap dalam hati "Kerja aku laa tu " Pastu , diorang pergi dekat softboard , --- baca  baca  baca ---

 "Bhahahaha ! Lawak gila siot ! Kerja siapa nie ?" ..

"Ha , yang tu kerja korang laa " , monolog aku dalam hati . 

Mesti korang semua nak tau apa yang ditulis kat kertas tu , kan ? Okey laa , aku bagi tau korang . . Sebenarnya , benda nie merupakan silibus Matematik form 4 iaitu tajuk Hujah ( jika p , maka q )  . . Tapi , diorang modify sikit ikut suka hati kepala masing-masing . Lalu terhasillah :


Premis 1 : Paan pakai baju warna hitam 
Premis 2 : Warna hitam tu sinonim dengan orang negro
Kesimpulan : Paan ialah orang negro

Premis 1 : Iqmal Harith suka garu - garu 
Premis 2 : Biasanya yang suka garu - garu tu monyet 
Kesimpulan : Iqmal Harith sebenarnya monyet

Premis 1 : Wild boar berdengkur
Premis 2 : Fahmi berdengkur
Kesimpulan : Fahmi ialah wild boar

Premis 1 : Akmal nampak Salsabila kat Alamanda
Premis 2 : Akmal sebarkan kat semua yang dia nampak Salsabila kat Alamanda
Kesimpulan : Nampak sangat Akmal suka Salsabila 

Premis 1 : Azirul rambut mop 
Premis 2 : Zafri rambut mop
Kesimpulan : Azirul dan Zafri adik - beradik kembar 

Premis 1 : Farabian ialah orang utan
Premis 2 : Mus ialah Farabian 
Kesimpulan : Mus ialah orang utan 

Premis 1 : Azrul sayang Azief
Premis 2 : Azief sayang Azrul
Kesimpulan : Cayang abang !

p/s : 
  • Azrul dengan Azief tu adik-beradik kembar tapi tak seiras . . 
  • Azief dengan Zafri tu kelas lain . 
  • Iqmal Harith ada penyakit ekzema 
  • Salsabila tu budak form 2
  • Paan tu ketua kelas kitorang 


Terima kasih kepada watak-watak utama :

Paan

Iqmal Harith

Akmal
Salsabila


Mus

Azrul


Azief

Wednesday 30 May 2012

BASiS #1 : Rumours Spreading OUT !

Sejak kebelakangan nie , dah kecoh dekat BASiS tu tentang beberapa khabar angin yang melanda . .
Tak tau laa betul ke tak , tapi memang berita tersebut sangat membimbangkan . .

Rumours #1 

Semua warga BASiS perlu dipindahkan dalam jangka masa setahun sebab keadaan sekolah dan asrama yang terlampau teruk dan berbahaya kepada semua penghuninya . Yalah , tengok bangunan dekat BASiS tu , retak sana , retak sini , lama - lama nanti retak menanti belah pulak . . 

Kawasan tu kan kawasan ladang kelapa sawit , tanah apa ye ? Laterit ? Ahh , tak kisah laa tanah apa , bukannya aku belajar Geografi lagi . Kalau nak buat bangunan kat tanah kelapa sawit nie kena buat betul-betul . Jangan main taram je . Bahaya . Tanah tu kena mampatkan dulu , baru boleh bina bangunan . . Kalau tak , sebab tu laa jadi kes retak segala nie . 

Rumours #2

Haa , yang ini dah confirm dan disahkan oleh si tuan punya badan . Cikgu Mariah @ cikgu Add Maths kitorang . . . dia nak PINDAH ! Macam mana nie ? Habis fail Add Maths aku nanti . Dah laa Cikgu Mariah tu ajar bagus gila . . Reason dia nak pindah ialah kerana hendak menjaga ibunya yang sudah tua yang hidup bersendirian di KL . Sedih woo!

p/s : Teringat pulak video Mat Luthfi , yang pasal kecelaruan maklumat  . .



Janji Mesti Ditepati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .

Kehadiran saya di sini ialah untuk menunaikan janji . Eh ? Janji apa ? Janji Diana ? Bukanlah , kan sebelum saya pernah cakap , eh , saya pernah tulis yang saya akan ceritakan kisah hidup saya di SMS Banting . . Sebelum nie , saya asyik terlupa je nak tulis apa dekat blog bila dah balik rumah .

Pastu , saya cakap , eh , tulis yang maybe saya akan buat satu short story @ cerpen tak rasmi @ mini novel untuk tontonan dan tatapan para pembaca sekalian . . erk? apsal rasmi semacam je bahasa aku nie ?


Okey , untuk setiap siri 'novel' yang akan ditulis dan diterbitkan tak lama lagi , saya akan letakkan tajuk BASiS dekat post title dia . . bergantung kepada siri ke berapa post tersebut . .

Lagi satu , atas sebab kedewasaan , saya mengumumkan bahawa saya akan menggunakan kata nama AKU di dalam blog ini . Mesti korang semua terfikir apa kaitannya , kan ? Haha , memang tak ada kaitannya pun . Aku peduli apa ? Bukannya ada orang baca blog aku pun , aku membebel sorang - sorang je kat sini .

Tuesday 29 May 2012

BaldiGambar #4 : Saya Nak Ice-Cream!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,

Kali nie saya mengidam nak makan ice-cream laa pulak . . Kecur air liur bila tengok pics ice-cream . . Tengok laa semua gambar nie ^-^




Monday 28 May 2012

I'm Back!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,

Jyeahh , finally I'M BACK !!
Sampai rumah around pukul 8 malam camtu gak ahh , sebab Mama sampai lambat . Pukul 7 lebih baru sampai aspuri . Mama dah siap pesan , nak drift nie . Saya pon macam " ye laa , Ma . macam laa Ana x biase Mama bawak drift "   tangan di bahu , mata ke atas ..


Siang tadi , saya kembali lagi ke Banting . . Bukannya nak pergi sekolah erk? Tapi , nak hantar kakak saudara saya daftar Kolej Matrikulasi Selangor kat Banting tu haa . Bagus laa tu , dah dekat GILA dengan sekolah saya . Nanti , bila weekend , bawakkan laa makanan untuk saya yang seringkali kebuluran kat BASiS tu .

Tapi , agak jealous laa tengok environment kat situ .


  1. Dekat matrik situ ada banyak pokok , x macam dekat BASiS , botak je ~ xde pokok , panas pulak tu .
  2. Dalam dorm diorang ada meja study sendiri , ada rak buku sendiri , ada towel rail sendiri and locker diorang TINGGI gilaa ! Why , BASiS , WHY ?
  3. Dekat bilik basuh diorang ada coin-operated washing machine . Kitorang di BASiS , mmm . .
  4. Makanan kat kafeteria diorang sedap . . Huhu