Blogger Land
About This Blogger
- Lya Lyana Ismayuja
- Klang, Selangor, Malaysia
- Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !
Thursday 28 March 2013
BASiS #8 : K.O.N.F.L.I.K dengan Paan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .
Dalam post sebelum nie , aku dah janji nak ceritakan pasal konflik antara aku dengan Paan . Sebenarnya , benda nie berpunca dari benda kecik je . Tapi , aku tak nafikan , semuanya salah aku .
Macam nie ceritanya . . Sebenarnya , kitorang plan nak buat 4 Al-Farabi's Class Party pada 3hb Mac 2013 . So , memandangkan event tu sehari selepas birthday aku , mesti laa aku rasa excited sebab dapat celebrate birthday aku dengan Farabians . Tapi , event tu cancel pulak . Sebab apa ? Baca laa coretan hatiku yang kecewa nie . Masa tu , memang aku frust sangat2 , tulis pun laju je . .
Baru je dapat information yang " 4 Al-Farabi's Class Party " ditunda . Puncanya , sebab Paan tak dapat nak attend sebab nak buat check-up untuk mata dia . And kebanyakan budak lelaki pun balik bermalam sebab diorang assume ' bila Paan takde , automatically jamuan batal '.
Habis tu , senang-senang je diorang nak musnahkan plan yang budak perempuan dah buat ? Aku dah beli 3 botol air gas khas untuk jamuan nie , and even Miza pun mintak tolong makcik dia buatkan kek untuk jamuan tu nanti . Aku pun dah mintak mak aku tolong belikan sos cili , sos tomato , sos thousand island untuk jamuan tu nanti . And now what ? Perlu ke aku call mak aku semula and cakap , " Tak payah beli . . Jamuan batal " ? Benda nie betul-betul menyusahkan semua orang .
Kalaua aku tau benda nie nak jadi , takde laa aku nak buat invitation card tu bersungguh-sungguh . Ikutkan plan asal , aku nak guna sticky notes je , tapi bila fikirkan sticky notes tu tak proper , dan event nie sangat special untuk semua orang . . . aku pun tukar fikiran . Aku buat 28 invitation cards .
Aku buat benda yang aku tak pernah buat sebelum nie . Aku stay up semata-mata nak siapkan semua invitation tu . . Dan besoknya , walaupun aku rasa mengantuk gila macam nak mati , tapi aku gagahkan diri aku . Aku pergi kelas awal-awal pagi . . . tak makan , tak minum . . Aku cari tempat duduk semua budak-budak Farabi . Aku tampal satu persatu invitation tu atas meja diorang . And now what should I do ? Nak aku tampal sticky note kat meja diorang and tulis " Sorry , jamuan batal " ?
Mungkin orang lain fikir benda nie remeh-temeh je , tapi sejauh mana korang yakin yang kita akan jumpa another suitable date untuk jamuan kelas 4 Al-Farabi ? It's very difficult . Lepas nie , kita akan sibuk dengan exam , sibuk dengan extra classes . . . Bila lagi kita nak buat jamuan ?
Dalam hal nie , yes , memang aku salahkan Paan . Kitorang dah inform dia awal-awal and dia sendiri yang pilih tarikh tu untuk buat jamuan . Kitorang dah bagi peluang untuk semua budak Farabi , kalau nak outing , outing laa hari Sabtu . Meanwhile , Paan ? Senang-senang je dia kata nak tunda jamuan , padahal aku rasa dia boleh check mata hari Sabtu kott .
Bila aku dapat tau tentang hal nie , memang aku rasa marah . And aku rasa sebak . Terus-terang aku cakap , aku betul-betul tak sabar untuk jamuan nie . Aku cuma nak spend time dengan budak-budak Farabi untuk kali terakhir sempena birthday aku tahun nie . Tapi tak sangka pulak macam nie jadinya . Terima kasih Paan . . terima kasih banyak-banyak atas hadiah hari jadi aku yang sangat 'bermakna' dan tak dapat aku lupakan nie . .
Ye , itu laa serba sikit pasal konflik kitorang . Lepas tu , aku pergi letak stick note atas meja Paan and tulis "Aku ingatkan dapat spend time dengan budak-budak Farabi buat kali terakhir sempena birthday aku . Tapi tak sangka pulak jamuan batal . Terima kasih Paan , atas hadiah hari jadi aku yg sangat bermakna nie . ."
Bila Faragirls buat surprise untuk birthday aku , diorang bagi satu kad . . And ada satu ayat nie yang betul-betul menyentuh perasaan aku . Diorang tulis " Tolong jangan blame Paan . Dia sakit . Tak sengaja " .
Masa tu , aku betul-betul sedar kesilapan aku . After that , aku mintak tolong Aina Fadil cabutkan sticknote tu , sebab dia satu kelas dengan Paan dan aku nak pergi outing , takleh nak cabut sendiri .
But my worst nightmare became a reality . Aina lupa nak cabut ! TIDAAKKK !! Sekarang nie , Paan dah tau . Habis laa aku . I've got to do something . Besok pagi , aku letak sticknote sorry atas meja dia . Siap bagi lollipop lagi .
Tapi , ada orang cakap Paan still marah lagi kat aku . Gelabah laa aku . Aku tanya Amir Izzuddin dengan Amoy , betul ke Paan marah kat aku . Amir cakap tak , tapi aku tau Paan mesti ada sikit rasa marah kat aku . Believe it or not , aku menangis sebab Paan . Sebab aku tak nak gaduh dengan dia .
Waktu prep hari tu , aku ambik keputusan nak jumpa Paan . Sebab aku tak tau dia dah maafkan aku atau tak . Cuak gilaa masa aku nak jumpa dia . Rupanya , dia tak marah kat aku . Puhh , lega ! Aku baru dapat tau , yang Amoy citer kat Paan pasal aku nangis . Amoy nie dah boleh tutup mulut dah . .
So , the moral of the story is . . aku takkan buat benda bodoh tanpa fikir panjang lagi . Yang terharunya , Paan belikan kek Secret Recipe untuk aku . Thanks , Paan !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment