Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Thursday 20 November 2014

Teruskan Perjalanan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .

Alhamdulillah, dapat keputusan straight A's untuk SPM yang lalu . . Tapi A nya bercampur-campur. Sori tak pandai nak dapat straight A+. And of course, life must be continued. Sejak beberapa minggu nie, memang tak senang duduk laa. Pergi interview sana sini. Tapi kena laa berkorban sikit demi masa depan.

Pengalaman ketika temuduga memang best dan tak boleh dilupakan. Kalau nak cerita pasal nervous tu, memang tak dapat dinafikan.. Kita nie hanya manusia biasa, perasaan nervous tu memang tak boleh dielakkan. Tapi sebenarnya, interview untuk pelajar lepasan SPM tak stressful sangat pun.. Basically, dia tanya soalan, kita cuma perlu jawab je.. Atau dia bagi satu tajuk, then kita perlu bincangkan dalam group. Most of the interviews were conducted in groups, jarang dibuat secara individu. Setakat nie, saya dah pergi interview JPA, UM dan MARA. Saya nak share pengalaman dan tips sepanjang saya pergi interview nie.

Temuduga JPA

Saya pergi temuduga untuk Program Khas Kejuruteraan ke Jerman, Perancis, Korea dan Jepun. Satu group ada 8 orang, then dipecahkan lagi kepada 2 group. Basically, interview JPA nie ada 3 sesi. Debat, Case Study dan Permainan Minda. Untuk case study, memang fully in English.. Untuk debat dan permainan minda, kena guna Bahasa Melayu sepenuhnya.

Tips dari saya :
  1. Bercakaplah sepuas hati. Gunakan peluang yang ada nie untuk 'mempromosikan' communicative skills masing-masing.
  2. Ambil tahu isu semasa. Mungkin berguna sewaktu case study dan debat.
  3. Kalau rajin, carilah soalan berkaitan IQ, sebab permainan minda dia tricky..
  4. Bawa semua dokumen yang dinyatakan, dan susun ikut turutan yang diberi. Asingkan kepada dua fail.. Satu untuk dokumen asal, satu lagi untuk salinan.. Sebab nanti dia akan ambil semua salinan dokumen.

Temuduga UM
Saya pergi temuduga untuk PASUM ----> Program Asasi Sains Universiti Malaya. Temuduga dia sekejap je.. Lebih kurang 15 minit. Walaupun dekat surat tawaran tulis, temuduga selama 5 jam, tapi tu sebenarnya masa menunggu. Kalau nama kita ada dekat group yang awal-awal, so boleh laa balik awal. Kalau nama kita kat bahagian akhir-akhir, hmm nak buat macam mana, tunggu je laa. Sebab student yang apply UM nie memang ramai gilaa. Hampir penuh jugak Auditorium PASUM tu.. Tapi jangan risau, biasanya pihak UM akan pasang movie. So, korang boleh laa chill-chill ahaks ;)
Okay, satu group ada 5 orang. Bila masuk dalam bilik interview nanti, dia cuma nak tengok cara kita bercakap je. Tak tau laa untuk orang lain, tapi untuk group saya, dia tak tengok langsung fail (sijil) yang kita bawa. Dia tanya 3 soalan. Pertama, introduce yourself.. Kedua, selesaikan soalan IQ yang diberi.. Ketiga, what is your favourite subject. Tapi ini semua depends kepada interviewer laa, suka hati dia laa nak tanya kita apa. My tips :
  1. Bila nak introduce diri sendiri, cuba promote diri sendiri, tapi jangan berlebihan sampai interviewer rasa menyampah.
  2. Kalau boleh, elakkan daripada memancing simpati orang dengan cerita sedih. Sikit-sikit boleh laa, lepas tu tonjolkan keazaman anda untuk mengatasi/mengubah perkara tu..
  3. Eye contact! Sangat penting. Biasanya panel akan psiko korang, (angkat2 kening, kerut dahi) tapi takpe, korang cakap je dengan yakin..
Temuduga MARA
This is the place where you shouldn't underestimate others.. Most of them ialah budak-budak MRSM. So yeah, dah boleh agak betapa sengitnya persaingan. Saya pergi interview untuk Program Ijazah Dalam & Luar Negara. Tempat interview; di Kolej MARA Banting. Satu group ada 10 orang. Untuk interview nie, ada 2 sesi (satu sesi, satu jam). Case study dan permainan minda. Semuanya cakap English.

Hmm, sesi yang lebih kurang sama macam JPA cuma lebih mencabar minda dan menguji mental.
Student yang datang untuk interview ni memang tak dinafikan bukan calang-calang orang, so jangan sesekali rasa rendah diri. Prepare yourself and face it. My tips :


  1. Participate in every activity and conversation. You know what you want, right? So kalau korang pasif, diam je.. susah laa. 
  2. Brainstorming skills sangat penting. Pastikan details and elaboration bersifat matang dan logikal sebab masa yang diberi agak lama. 








No comments:

Post a Comment