Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Monday 10 February 2014

Kawan Buat Perangai?


Apa yang patut dilakukan apabila kawan anda buat perangai?
 

 
CONTOH SITUASI :
 
1. Dia selalu meminjam barang anda.
 
Bukannya selalu, tapi hampir setiap kali ! Bengangnya ! Kalau dia tu tak berkemampuan, bersabarlah sikit. Apa salahnya tolong kawan, kan ? Tapi kalau dia mampu beli barang tu dan masih buat muka tak malu, cuba ikut langkah penyelesaian ini.
 
Penyelesaian :
  • Mungkin anda terpaksa 'bohong sunat' sikit, cakaplah "Sorry, saya nak guna barang ini, jadi tak boleh nak bagi awak pinjam".
  • Berterus-terang je : "Sorry, saya tak nak pinjamkan barang ini pada awak".
2. Dia menjangkakan anda akan buat semua yang dia mahu.
 
Sesekali tak salah, tapi kalau dah selalu sangat, tak salah kalau anda nak suarakan hak anda. Aku ni kawan, bukannya kuli.
 
Penyelesaian :
  • "Sorry, saya tak rasa nak buat apa yang awak nak sekarang".
 
3. Dia kutuk orang lain.
 
Ini yang selalu menjadi dilemma, nak dibiarkan, takut berdosa. Kalau ditegur, nanti bermasam muka dan 'perang dingin'.
 
Penyelesaian :
  • Jelaskan bahawa anda hormat kepada orang tersebut (yang dikutuk) dan beritahu bahawa anda tak nak terlibat sekali dalam mengutuknya.
4. Dia nak tiru kerja sekolah anda.
 
Whoaa ! Bahaya ! Kalau 'terkantoi', memang buruk akibatnya. Kalau kawan anda tak tahu, apa salahnya ajar dia.
 
Penyelesaian :
 
  • Beritahu bahawa ianya sangat ketara apabila seseorang meniru.
  • Yakinkan bahawa dia mampu melakukannya tanpa meniru.

No comments:

Post a Comment