Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .
Waahh lamanya tak berblogging. Semenjak masuk asasi ni, memang jarang online kat laptop.
Berkaitan topik kali ini, sila hormati makanan anda.. Makanan merupakan keperluan yang tersangat penting bagi manusia. Tapi akhir-akhir ini, semakin ramai orang yang tak menghargai makanan.
Tolonglah hormat makanan anda.
- Jangan sesekali mencela makanan anda. Tak kiralah sama ada tak sedap ke, terlebih masin ke, kuah cair ke, apa ke, JANGAN sesekali mencela makanan anda. Kalau tak suka, berhenti makan. Tak perlu komplen macam-macam..
- Jangan membazir makanan. Kalau dah tau tak boleh habiskan, janganlah ambik banyak-banyak.. Tak elok membazir. Membazir kan perangai syaitan.. Sedarkah anda, bahawa sesungguhnya Malaysia ni negara kaya makanan? Bak kata pepatah Mama, "kat Somalia tak dapat ni".. Pandai-pandailah anda interpret maksudnya.
No comments:
Post a Comment