Life is like a book . . Some chapters are sad, some are happy and some are exciting, but if you never turn the page, you will never know what the next chapter has in store for you . .

Blogger Land

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

About This Blogger

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !

Thursday, 22 November 2012

BaldiGambar #6 : Study Quotes


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .

Hari nie , aku nak share beberapa study quotes untuk korang semua . Mungkin boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk students yang nak menghadapi peperiksaan besar tahun depan . Tak kisah laa UPKK ke ,  UPSR ke , PSRA ke ,  PMR ke , SPM ke , STPM ke . .

Haissh , untung laa budak-budak zaman sekarang nie , tahun depan final year untuk PMR . .
Yang aku nie pulak , tahun depan nak kena struggle bermati-matian untuk SPM .

Tapi takpe . It's okay , It's alright . Don't worry , Be happy . Anggaplah ini sebagai perjuangan jihad fisabilillah untuk menunaikan tuntutan fardhu kifayah , untuk menuntut ilmu pengetahuan . . *_*

 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 











Ini semua hanyalah sebagai dorongan dan kata-kata semangat untuk korang semua berjaya dalam hidup . KEJAYAAN tak penting , yang penting ialah KEAZAMAN untuk melakukan yang terbaik . SUCCESS is not an important thing , but the DETERMINATION to try your very best is important .








 
 
 

Wednesday, 21 November 2012

BASiS #5 : Sasbadi Online ?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,

Yeah , finally . . Cuti sekolah dah start lama dah tapi ini laa first time aku sentuh laptop kesayangan aku nie . Kejam kan adik-adik aku ? Siapa kakak , siapa adik sekarang nie ? Itu laa masalahnya bila ada adik ramai . Nak pakai internet pun kena berebut .

Okayy , sekolah dah habis . . untuk tahun 2012 laa . Tapi jangan sangka pihak sekolah akan bagi kitorang duduk senang-lenang depan TV , depan laptop , depan pinggan nasi . . Tidak , mereka tidak akan membiarkan kami berkelakuan sedemikian . No , no , no .

Sebaliknya , mereka telah bersiap-sedia dengan senjata terulung mereka untuk merencatkan semangat HAPPY HOLIDAY kami semua . Iaitu HOMEWORK SECARA ONLINE ! What the . . ? Takkan laa cuti akhir tahun pun kena ada homework ? Oh tidak ! Bebaskan kami dari bebanan yang membelenggu ini .

Homework nie dihantar kepada setiap pelajar melalui e-mel . So , tak ada alasan untuk tak buat kerja sekolah . Sadiss . . Siapa je yang nak buat homework masa cuti panjang ?

Thursday, 16 August 2012

Recipe #1 : Cheesecake

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Hari nie , aku nak kongsi resipi cheesecake yang mak aku dah ajar . Nak buat cheesecake nie senang sangat , tak payah nak bakar dalam oven . . cuma sejukkan dalam peti sejuk je .



Bahan-bahan

500g cream cheese 
1/2 tin susu pekat manis
2 paket biskut saltcheese jenama Khong Guan
Chocolate rice ( untuk hiasan )



Cream cheese
Biskut saltcheese


Susu pekat manis

Chocolate rice


Cara Membuat

  1. Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk pengadun . Kalau hendak lebih senang , potong cream cheese tersebut kecil-kecil supaya senang nak dipukul .
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis .
  3. Pukul dengan menggunakan mixer sehingga adunan tidak berketul-ketul .
  4. Patah-patahkan biskut saltcheese dan masukkan ke dalam adunan .
  5. Gaul dengan menggunakan senduk kayu .
  6. Letakkan adunan dalam bekas yang bersesuaian : loyang , tupperware dsb. Kalau nak lebih senang , alas bekas tersebut dengan plastik supaya senang nak keluarkan cheesecake .
  7. Hias permukaan cheesecake dengan chocolate rice mengikut kreativiti anda .
  8. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman .

Wednesday, 15 August 2012

BASiS #4 : Farabi Being Random

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Yeayy!! Cuti raya ! Aku paling suka time cuti macam nie . Tak payah nak buat homework sangat laa , kan ? Yang penting sekarang nie , beraya sampai puas . Lepas tu baru nak fikir pasal study . .

Masa tengah online Facebook tadi , aku tengok album yang Anis share . Sebenarnya , kelas kitorang nie tak adalah "krik-krik" sangat macam yang digembar-gemburkan . .


Saturday, 11 August 2012

Ulasan Video

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,

Haa , jawab . . jangan tak jawab . Sempena bulan Ramadhan nie , apalah salahnya menambahkan pahala , kan ? *.*

Makin menjadi-jadi pulak ketagihan aku terhadap Youtube . Baru-baru nie , aku baru je subscribe kat jinnyboytv . . Video dia lawak superb! Terutama sekali video ONLY IN MALAYSIA , ABUDEN?! dengan Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman . .

Walaupun tak menampilkan wajah-wajah Melayu , tapi terus-terang cakap , memang aku tak boleh nak berhenti gelak ! Okayy , korang pun tau kan , aku memang suka share semua benda yang aku tengok . Nahh , ambik kau , tengok laa video nie puas-puas!