Blogger Land
About This Blogger
- Lya Lyana Ismayuja
- Klang, Selangor, Malaysia
- Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !
Monday, 30 April 2012
It's Farewell Time
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
In a few hours , I will be leaving Klang for Banting . sobs . Tak tau laa bila saya boleh jejak kaki kat rumah lagi . Lepas nie , saya ada 2 weeks and 2 days duration of those mid year exam ! Super Struggle Moments !
Cuti kali nie pun , saya bukannya study . . Sentuh buku pun takk ! Haihh , apa nak jadi nie , Lya ?
However , insya-Allah , untuk cuti yang akan datang , maybe saya akan ceritakan tentang my real life kat BASIS . Kalau nak lagi dahsyat , saya buat mini novel untuk korang .
Okie - dokie , saya rasa sampai sini je laa untuk post kali nie . . Annyeong *-*
I'm worried
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Walaupun dah 4 hari duduk kat rumah , tapi baru hari nie saya berkesempatan nak bukak blog .
Perggh ! Habuk 2 kilo !
Actually , saya ada banyak benda nak diceritakan , tapi x tau nak start dari mana . .
Okey , starting with the title today , " I'm Worried " . .
Sebenarnya , ada banyak perkara yang saya risaukan . Pasal diri sendiri , budak2 dorm , Mama , adik - adik kat rumah nie , dan macam2 lagi laa . Kita story-mory satu - persatu yee ?
PROBLEM #1
Sejak akhir - akhir nie , saya selalu sangat kena . . . . nosebleed . Kalau geli , x yah baca , k ?
Untuk tahun nie je , dah 4 kali saya kena nosebleed tau ? First time kena , masa tu sebelum exam paper Maths , betul - betul 10 minit sebelum start exam . . apa lagi menggelabah saya berlari pergi toilet , nasib baik masa tu bawak handkerchief . Tapi memang berubah warna 100% laa , asalnya warna hijau , tiba - tiba jadi warna merah pulakk . .
Kali kedua , ketiga dan keempat , semuanya terjadi waktu saya balik rumah kali nie . 2nd , masa tengah tolong Mama siapkan meja untuk dinner , 3rd , masa tengah tunggu Mama to fetch me after Hari Kecemerlangan kat RZ siang tadi . 4th , sebelum Maghrib tadi , hehe , terus sambar tissue , apa2 yang patut , baring kat sofa , pastu buat first aid treatment kat diri sendiri . HAHA !
And for your guys information , for the 5th time , I'm having those nosebleed now . . . -_-
PROBLEM #2
Ada pulak budak dorm saya yang dah nak terjebak berkawan ngan lesbie . . Capital A , save yourself ! Dah berapa banyak kali aku nak cakap , dia tu scary ! Percaya laa pada kata - kata orang yang pernah bersekolah kat sekolah perempuan nie .
Monday, 12 March 2012
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
TerSEKSA jiwa dan raga ! PENAT tak terkata ! Saya nak list kan semua problem saya kat sekolah dan asrama baru .
PROBLEM #1
Banyak homework ! Bak kata classmate saya , " Apa makna cuti kalau homework bertimbun ? "
Dlm kelas , cikgu tanya " Banyak ke kerja sekolah ? " Kitorang pun bagi laa jawapan yg paling afdhal iaitu , " BANYAK ! " Namakan aje , nak subjek apa , semua ada homework . Cuma cikgu BI je yg baik hati x kasi apa - apa homework .
Cikgu yg lain ? Mula - mula tanya pasal kerja sekolah banyak ke tak , tapi last - last bagi jugak homework dengan muka tersengih nya .
Masa nak balik rumah , dh siap pesan kat Mama , bawakkan beg luggage dari rumah .
And the result is , BUKU lagi banyak drpd BAJU .
SOLUTION #1
Sepatutnya , cikgu x payah bagi homework , cuma suruh kitorang study je . Hmmm , kalau nak bagi homework pun boleh jugak , tapi cuti kena lama laa sikit .huhu
PROBLEM #2
Unit Bimbingan dan Kaunseling BASIS dah bagi assignment khas untuk semua student BASIS .
Buat folio. Tajuk nya berbaza mengikut tingkatan . Apa kejadahnya kena buat folio pulak nie ? This is holiday ! Kena hantar masa exam week pulak tu ! Untuk form 4 , tajuk dia : Kerjaya Pilihan ku .
Memang laa dengar macam senang , tapi cuba letakkan diri korang dalam situation saya nie . Dengan homework lagi . Nak beli barang dorm lagi . ( ketua dorm laa katakan ) Sempat ke ?
SOLUTION #2
Kalau x hantar folio tu boleh ?
PROBLEM #3
Cikgu expect more from us . Hari tu dah kena bambu dengan cikgu Fizik . Dia kata " budak sekolah harian lagi bagus dari kamu semua " . Cikgu lupa something , kitorang semua dari sekolah harian . Cara cikgu bercakap macam laa kitorang nie dah duduk asrama 10 tahun .
SOLUTION #3
Consider sikit situation kitorang . Kami perlukan bimbingan dari cikgu , kalau betul pun kami salah , x perlu laa maki kami dengan perkataan yg 'super extraordinary spicy' . Lebih baik cikgu belanja kitorang makan KFC . sedap hingga menjilat jari .
Monday, 6 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Hari - Hariku di Asrama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Saya cuma nak cakap . . PENAT gilaa ! Tak cukup tidur , tak cukup rehat . Tak suka life kat asrama nie .
Environment dia lain gila , rindu rumah , rindu family , rindu RZ , rindu kengkawan , rindu tv , rindu internet , rindu notebook , i miss my old normal life !
Budak - budak kat situ ok . Cuma budak - budak lelaki group saya je yang hampeh . . Biasa laa masa minggu orientasi kan ada aktiviti , diorang nie punya laa pemalas nak pikir . Semua nak suruh perempuan je yang buat !
Tiap kali call Mama , rasa cam nak nangis je . . Bukannya saya tak pernah berpisah dengan family , pernah . . tapi sekejap je , dalam sebulan gitu . Tapi ni , saya tak boleh imagine saya kena tinggal kat situ for almost two years , tinggalkan rumah and family . Tak tau laa saya boleh belajar kat situ ataupun tak . Tapi bila nak difikirkan , parents saya dah banyak habis duit semata - mata untuk saya .
Okey , sebenarnya , saya ada banyak benda nak diceritakan pasal life saya kat asrama nie . .
Saya bangun pagi pukul 4.45 pagi , sebab bilik air memang penuh gila pukul 5 .
Yang kelakarnya , dalam pukul 4.30 , memang bingit telinga sebab dengar bunyi jam loceng orang lain . Tapi , diorang just tutup jam tu and takkan bangun . siot kan diorang ni ? Lepas tu , pukul 4.45 , saya turun dari katil , ( saya dapat katil tingkat atas , wohoo . ) then kejut Ainul , kawan yg tidur kat bawah , pastu terus mandi . Pukul 5.15 saya dah pergi surau . Tapi disebabkan A.B.C. ( Allah bagi cuti ) , saya sambung tidur dekat koridor surau . Pastu , makan kat DM ( dewan makan ) then pergi sekolah . Buat aktiviti orientasi . Bagus betul sekolah nie baru . Kitorang pelajar sulung , takde senior yang akan buli kitorang . hehe
Petang pulak , depends laa kalau ada apa-apa perjumpaan , ada sesetengah hari tu wajib keluar riadah , ada hari yang tak wajib . Saya and a few cuma jogging je bila aktiviti riadah wajib . Ye laa , buat apa nak penat-penat badan bersukan , lagipun budak lelaki dah 'cop' lagi awal apa yang diorang nak main .
Malam pulak , macam biasa laa , solat , kadang-kadang ada motivasi kat surau . And begitu laa rutin hidup saya di asrama . Saya pun tak boleh nak cerita ataupun nilai sangat sebab baru first week . Tapi , baru minggu orientasi pun dah penat , ini kan lagi kalau dah sekolah , dah ada homework , mesti ber'double-double' penatnya . Hoo -_-
p/s : Apapun , tolong doakan yang terbaik untuk saya . Saya sedar , bukan senang nak masuk sekolah asrama , tapi buat masa sekarang , saya sedang cuba mengumpul kekuatan dalaman saya . Wish me luck ~_~
Subscribe to:
Posts (Atom)

