Blogger Land
About This Blogger
- Lya Lyana Ismayuja
- Klang, Selangor, Malaysia
- Hi ! My name is Liyana and you are currently viewing my precious blog. Thank you so much for visiting and you are welcome to follow and leave your comments here . . Have a great life !
Thursday, 28 March 2013
BASiS #8 : K.O.N.F.L.I.K dengan Paan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .
Dalam post sebelum nie , aku dah janji nak ceritakan pasal konflik antara aku dengan Paan . Sebenarnya , benda nie berpunca dari benda kecik je . Tapi , aku tak nafikan , semuanya salah aku .
Macam nie ceritanya . . Sebenarnya , kitorang plan nak buat 4 Al-Farabi's Class Party pada 3hb Mac 2013 . So , memandangkan event tu sehari selepas birthday aku , mesti laa aku rasa excited sebab dapat celebrate birthday aku dengan Farabians . Tapi , event tu cancel pulak . Sebab apa ? Baca laa coretan hatiku yang kecewa nie . Masa tu , memang aku frust sangat2 , tulis pun laju je . .
Baru je dapat information yang " 4 Al-Farabi's Class Party " ditunda . Puncanya , sebab Paan tak dapat nak attend sebab nak buat check-up untuk mata dia . And kebanyakan budak lelaki pun balik bermalam sebab diorang assume ' bila Paan takde , automatically jamuan batal '.
Habis tu , senang-senang je diorang nak musnahkan plan yang budak perempuan dah buat ? Aku dah beli 3 botol air gas khas untuk jamuan nie , and even Miza pun mintak tolong makcik dia buatkan kek untuk jamuan tu nanti . Aku pun dah mintak mak aku tolong belikan sos cili , sos tomato , sos thousand island untuk jamuan tu nanti . And now what ? Perlu ke aku call mak aku semula and cakap , " Tak payah beli . . Jamuan batal " ? Benda nie betul-betul menyusahkan semua orang .
Kalaua aku tau benda nie nak jadi , takde laa aku nak buat invitation card tu bersungguh-sungguh . Ikutkan plan asal , aku nak guna sticky notes je , tapi bila fikirkan sticky notes tu tak proper , dan event nie sangat special untuk semua orang . . . aku pun tukar fikiran . Aku buat 28 invitation cards .
Aku buat benda yang aku tak pernah buat sebelum nie . Aku stay up semata-mata nak siapkan semua invitation tu . . Dan besoknya , walaupun aku rasa mengantuk gila macam nak mati , tapi aku gagahkan diri aku . Aku pergi kelas awal-awal pagi . . . tak makan , tak minum . . Aku cari tempat duduk semua budak-budak Farabi . Aku tampal satu persatu invitation tu atas meja diorang . And now what should I do ? Nak aku tampal sticky note kat meja diorang and tulis " Sorry , jamuan batal " ?
Mungkin orang lain fikir benda nie remeh-temeh je , tapi sejauh mana korang yakin yang kita akan jumpa another suitable date untuk jamuan kelas 4 Al-Farabi ? It's very difficult . Lepas nie , kita akan sibuk dengan exam , sibuk dengan extra classes . . . Bila lagi kita nak buat jamuan ?
Dalam hal nie , yes , memang aku salahkan Paan . Kitorang dah inform dia awal-awal and dia sendiri yang pilih tarikh tu untuk buat jamuan . Kitorang dah bagi peluang untuk semua budak Farabi , kalau nak outing , outing laa hari Sabtu . Meanwhile , Paan ? Senang-senang je dia kata nak tunda jamuan , padahal aku rasa dia boleh check mata hari Sabtu kott .
Bila aku dapat tau tentang hal nie , memang aku rasa marah . And aku rasa sebak . Terus-terang aku cakap , aku betul-betul tak sabar untuk jamuan nie . Aku cuma nak spend time dengan budak-budak Farabi untuk kali terakhir sempena birthday aku tahun nie . Tapi tak sangka pulak macam nie jadinya . Terima kasih Paan . . terima kasih banyak-banyak atas hadiah hari jadi aku yang sangat 'bermakna' dan tak dapat aku lupakan nie . .
Ye , itu laa serba sikit pasal konflik kitorang . Lepas tu , aku pergi letak stick note atas meja Paan and tulis "Aku ingatkan dapat spend time dengan budak-budak Farabi buat kali terakhir sempena birthday aku . Tapi tak sangka pulak jamuan batal . Terima kasih Paan , atas hadiah hari jadi aku yg sangat bermakna nie . ."
Bila Faragirls buat surprise untuk birthday aku , diorang bagi satu kad . . And ada satu ayat nie yang betul-betul menyentuh perasaan aku . Diorang tulis " Tolong jangan blame Paan . Dia sakit . Tak sengaja " .
Masa tu , aku betul-betul sedar kesilapan aku . After that , aku mintak tolong Aina Fadil cabutkan sticknote tu , sebab dia satu kelas dengan Paan dan aku nak pergi outing , takleh nak cabut sendiri .
But my worst nightmare became a reality . Aina lupa nak cabut ! TIDAAKKK !! Sekarang nie , Paan dah tau . Habis laa aku . I've got to do something . Besok pagi , aku letak sticknote sorry atas meja dia . Siap bagi lollipop lagi .
Tapi , ada orang cakap Paan still marah lagi kat aku . Gelabah laa aku . Aku tanya Amir Izzuddin dengan Amoy , betul ke Paan marah kat aku . Amir cakap tak , tapi aku tau Paan mesti ada sikit rasa marah kat aku . Believe it or not , aku menangis sebab Paan . Sebab aku tak nak gaduh dengan dia .
Waktu prep hari tu , aku ambik keputusan nak jumpa Paan . Sebab aku tak tau dia dah maafkan aku atau tak . Cuak gilaa masa aku nak jumpa dia . Rupanya , dia tak marah kat aku . Puhh , lega ! Aku baru dapat tau , yang Amoy citer kat Paan pasal aku nangis . Amoy nie dah boleh tutup mulut dah . .
So , the moral of the story is . . aku takkan buat benda bodoh tanpa fikir panjang lagi . Yang terharunya , Paan belikan kek Secret Recipe untuk aku . Thanks , Paan !
Wednesday, 27 March 2013
BASiS #7 : The Best Birthday Ever !
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .
Lamanya tak update blog . Rindu gilaa rasanya ! Okayy , kali nie kita tak nak membebel panjang2 , terus kepada agenda utama . As you knows , I was born on 2nd of March 1996 , dan pada 2hb Mac yang lalu , saya telah menyambut birthday saya yang ke-17 ! ~wootwoot~
Seriously , itu adalah birthday aku yang paling grand sekali ! Ye laa , gila tak grand , untuk birthday aku je , aku dapat 3 biji kek , tau . . Okay , kita mulakan cerita mengikut kronologinya . .
1 Mac 2013 (Jumaat) , 11.45 malam
Malam tu , semua ahli dorm aku lesap , tinggal aku sorang je dalam dorm . Feeling bored , aku pun buat homework Chemistry , sebab aku dah dapat agak diorang mesti nak buat prank untuk birthday aku . . Yang kelakarnya , aku boleh nampak selipar adik2 dorm aku bersepah-sepah depan dorm Aina Fadil , kantoi laa . . Okayy , aku pun tunggu je laa , apa yang diorang nak buat kat aku .
Tapi , sampai pukul 1.00 pagi , tak nampak langsung batang hidung diorang , aku pun dah mengantuk dah waktu tu . Mungkin kalau aku tidur , baru diorang nak buat prank kat aku kott . Sebab aku perasan dah 2 , 3 kali adik dorm Aina lalu-lalang depan dorm aku , nak survey aku dah tidur ke belum laa tu :p Pastu , aku pun naik atas katil , and tidur .
Tiba-tiba , aku rasa katil aku bergegar kuat , aku bukak mata , nampak ada lembaga putih atas locker , memanggil-manggil nama aku . Disebabkan terkejut , aku sebut " Ya ALLAH " and aku terus tutup muka aku dengan selimut . Then , berkumandanglah lagu Happy Birthday . Yeah , diorang berjaya prank aku ! Aku pun turun dari katil . Tetiba , diorang bawak kek , terkejut beruk aku ! Mana pulak datangnya kek nie? Pastu , diorang bagi aku kad ---> banyak gila . .
Then , acara makan - makan pun bermula . Aku desak diorang cerita mana diorang dapat kek tu , tapi diorang tak nak bagitau . Diorang pun bercerita pasal prank tadi . Adik dorm aku , Aina Athira dengan Nureen gegarkan katil aku . Aina Fadil pergi blackoutkan satu aras semata-mata nak bagi scary effect . Sabrina laa yang jadi hantunya . . Kurengg betul laa . Siap pakai telekung lagi . Nasib baik aku nie jenis yang tak menjerit , kalau tak , free je kena roll call dengan warden . .
2 Mac 2013 (Sabtu)
Pagi tu , aku ada latihan dikir barat , so aku tak masuk prep . And aku dapat tau yang budak-budak kelas aku tertunggu-tunggu kedatangan aku sebab nak celebrate birthday aku . Seriously , rasa bersalah gilaa !
Malam tu , budak-budak perempuan kelas 4 Al-Farabi tahun lepas datang buat surprise kat aku . Siap berselubung dengan selimut ala-ala ninja . Diorang cakap diorang nak jadi the last yang wish untuk birthday aku . Diorang bagi aku card and ada satu ayat yang betul2 menyentuh perasaan aku . . berkaitan konflik aku dengan Paan . Cerita ini akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang .
3 Mac 2013 (Ahad)
Aku outing , tapi tak pergi mana . . balik rumah je . Mama belikan kek untuk aku bawak balik asrama . So , this is the second cake for my 17th birthday ! Aku ajak semua budak-budak perempuan kelas aku makan kek secara berjemaah kat dorm aku .
5 Mac 2013 (Selasa)
Malam tu , time supper , I got the 3rd cake for my birthday ! Kali nie , dari ketua kelas 4 Al-Farabi yang berdedikasi , Paan . . Mahal dohh kek tu . Chocolate Indulgence from Secret Recipe ! Atas kek tu , tertulis " WE R SORRY , PEACE :) FARABOYS "
Sweet sangat ! Aku rasa terharu sangat , sebab tak pernah ada orang yang buat macam tu untuk aku . . Aku rasa happy sangat . Tapi ada jugak perasaan bersalah sebab aku dengar Paan habiskan lebih RM80 untuk kek tu , tapi nanti untuk birthday dia , kitorang , Faragirls pulak akan buat surprise untuk Paan . .
p/s : Kalau nak tau lebih lanjut pasal konflik antara aku dengan Paan , dan kenapa dia bermurah hati belanja aku kek Secret Recipe , baca post seterusnya , okie dokie ?
Tuesday, 11 December 2012
New Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .
Ye . . kini saya berwajah baru . Sekarang nie , saya dah pakai CERMIN MATA . Ya , betul . Saya dah pakai specs . . tak payah laa nak buat muka terkejut beruk sangat . . tapi pakai time study je . .
Sebenarnya , masa aku darjah 6 dulu , aku pernah pakai specs , tapi bila aku masuk sekolah menengah , aku dah tak pakai . Alasan yang aku bagi kat mak aku ; mata aku dah terang , dah boleh nampak dengan jelas , so , takyah pakai specs . .
Tapi , of course ada cerita lain di sebaliknya , kan ? Actually , aku nie rabun kat mata kanan je , that's why selama nie aku boleh melihat dengan baik . . sebab aku bergantung pada mata kiri aku . Sebab tu , everytime ada pemeriksaan mata , aku KANTOI ! Langsung tak nampak apa bila guna mata kanan . Tapi mata kiri aku takde hal .
Kembali kepada sebab sebenar aku stop pakai specs . .
The main reason is . . I wanted to be accepted by people . Masa aku pakai specs , semua orang cakap aku nie budak nerd . Seriously , semua orang . . Then , semua orang start jauhkan diri dari aku . Everyone , including my friends and my cousins . At that time , aku start terfikir , sama ada orang-orang yang aku kenal tu ikhlas ke nak kawan dengan aku . And seriously , at that moment , aku anggap diri aku nie HODOH . . Aku jadi murung .
Aku rasa aku tak layak nak kawan dengan sesiapa pun . Aku jadi paranoid . Bila ada orang pandang aku lama-lama , aku akan rasa malu sangat sebab aku rasa diri aku hodoh .
Makin memburukkan keadaan , ada seorang classmate aku (budak laki) kat sekolah agama panggil aku "mata empat" . .
And that's why , ada satu pandangan tersirat dalam mata aku . There's a look inside me yang membawa maksud "aku dah tak percayakan sesiapa lagi" . Sebab tu laa , aku tak ada best friend , i mean true best friend . .sebab aku tau satu hari nanti diorang akan lupakan aku . . and i'm not ready for that .
It's time to move on with my own life . .
Tapi sekarang nie , aku dah 16 tahun . . Aku dah boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk .
Dan , tak pakai specs sedangkan mata aku dah teruk yang amat , NO , NO , NO . . Sangat tak bagus ! Sekarang nie , aku dah tak peduli dah apa yang orang nak cakap . Okeyy , tipu laa kalau kata tak peduli , tapi aku takkan jadi hipokrit lagi semata-mata nak orang lain terima aku . Aku nak orang lain terima aku seadanya . . the way I am , not the way they want .
So , I guess this is the fresh start of a new phase in my own life . . Bismillahirrahmanirrahim . .
Monday, 10 December 2012
BASiS #6 : Homework ?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Okey , aku tengah bengang sekarang nie . Aku baru dapat tau yang ada satu lagi website untuk buat homework ! Arghh ! Serius , aku rasa nak
Kenapa ? Tak boleh ke kau biar aku hidup dengan tenang ? Kenapa perlu menyusahkan aku dengan homework ? Dah laa aku nie jenis yang asyik teringat and terbayang - bayang yang homework aku tak siap lagi . . Confirm spoil mood cuti aku kali nie . .
Thursday, 22 November 2012
BaldiGambar #6 : Study Quotes
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .
Hari nie , aku nak share beberapa study quotes untuk korang semua . Mungkin boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk students yang nak menghadapi peperiksaan besar tahun depan . Tak kisah laa UPKK ke , UPSR ke , PSRA ke , PMR ke , SPM ke , STPM ke . .
Haissh , untung laa budak-budak zaman sekarang nie , tahun depan final year untuk PMR . .
Yang aku nie pulak , tahun depan nak kena struggle bermati-matian untuk SPM .
Tapi takpe . It's okay , It's alright . Don't worry , Be happy . Anggaplah ini sebagai perjuangan jihad fisabilillah untuk menunaikan tuntutan fardhu kifayah , untuk menuntut ilmu pengetahuan . . *_*

Ini semua hanyalah sebagai dorongan dan kata-kata semangat untuk korang semua berjaya dalam hidup . KEJAYAAN tak penting , yang penting ialah KEAZAMAN untuk melakukan yang terbaik . SUCCESS is not an important thing , but the DETERMINATION to try your very best is important .
Wednesday, 21 November 2012
BASiS #5 : Sasbadi Online ?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Yeah , finally . . Cuti sekolah dah start lama dah tapi ini laa first time aku sentuh laptop kesayangan aku nie . Kejam kan adik-adik aku ? Siapa kakak , siapa adik sekarang nie ? Itu laa masalahnya bila ada adik ramai . Nak pakai internet pun kena berebut .
Okayy , sekolah dah habis . . untuk tahun 2012 laa . Tapi jangan sangka pihak sekolah akan bagi kitorang duduk senang-lenang depan TV , depan laptop , depan pinggan nasi . . Tidak , mereka tidak akan membiarkan kami berkelakuan sedemikian . No , no , no .
Sebaliknya , mereka telah bersiap-sedia dengan senjata terulung mereka untuk merencatkan semangat HAPPY HOLIDAY kami semua . Iaitu HOMEWORK SECARA ONLINE ! What the . . ? Takkan laa cuti akhir tahun pun kena ada homework ? Oh tidak ! Bebaskan kami dari bebanan yang membelenggu ini .
Homework nie dihantar kepada setiap pelajar melalui e-mel . So , tak ada alasan untuk tak buat kerja sekolah . Sadiss . . Siapa je yang nak buat homework masa cuti panjang ?
Subscribe to:
Posts (Atom)





























