Selain daripada Farabians , kitorang juga digelar "krik-krik" . . yang bermaksud bunyi cengkerik . Ye laa , kelas kitorang kan terlampau senyap sunyi sepi sampaikan boleh dengar bunyi cengkerik . . LOL !
Tapi , sebenarnya ramai yang tak tahu , FARABIAN tu ialah sejenis spesies orang utan . kehkeh . Lawak sehh! Jangan bagitau orang lain , tau ? Malu aku bila orang kata kitorang nie orang utan . . Haha !
Tapi , tu dulu . Sekarang nie kitorang dah ada chemistry sikit . Err , sikit laa . . . Tapi , kelas kitorang nie boleh laa dikatakan gempak . . bagi aku laa .
Pernah sekali tu , masa aku dengan Aiman tengah bersihkan kelas , ( Aiman nie perempuan , k? ) Aiman terjumpa something dalam bakul sampah kelas . Then , " Liyana , Liyana . . tengok apa yang aku jumpa nie . " Aku pun tengok laa 'benda' tu . Ohh , sehelai kertas . . yang telah dilipat menjadi bentuk roket . Huhh , dah sah-sah laa nie kerja budak-budak lelaki . Tapi , ada tulisan laa dekat kertas tu .
Setelah membacanya dan bergelak ketawa sebentar , aku cakap dekat Aiman , "wei , jom tampal benda nie dekat softboard kelas" . Siap tulis lagi kat whiteboard :
"Sila lihat info terbaru di papan kenyataan"
Bila budak-budak lelaki masuk untuk prep malam , semua tengok whiteboard , diorang cakap , " Siapa punya kerja nie ?" Aku buat muka innocent sambil cakap dalam hati "Kerja aku laa tu " Pastu , diorang pergi dekat softboard , --- baca baca baca ---
"Bhahahaha ! Lawak gila siot ! Kerja siapa nie ?" ..
"Ha , yang tu kerja korang laa " , monolog aku dalam hati .
Mesti korang semua nak tau apa yang ditulis kat kertas tu , kan ? Okey laa , aku bagi tau korang . . Sebenarnya , benda nie merupakan silibus Matematik form 4 iaitu tajuk Hujah ( jika p , maka q ) . . Tapi , diorang modify sikit ikut suka hati kepala masing-masing . Lalu terhasillah :
Premis 1 : Paan pakai baju warna hitam
Premis 2 : Warna hitam tu sinonim dengan orang negro
Kesimpulan : Paan ialah orang negro
Premis 1 : Iqmal Harith suka garu - garu
Premis 2 : Biasanya yang suka garu - garu tu monyet
Kesimpulan : Iqmal Harith sebenarnya monyet
Premis 1 : Wild boar berdengkur
Premis 2 : Fahmi berdengkur
Kesimpulan : Fahmi ialah wild boar
Premis 2 : Akmal sebarkan kat semua yang dia nampak Salsabila kat Alamanda
Kesimpulan : Nampak sangat Akmal suka Salsabila
Premis 1 : Azirul rambut mop
Premis 2 : Zafri rambut mop
Kesimpulan : Azirul dan Zafri adik - beradik kembar
Premis 1 : Farabian ialah orang utan
Premis 2 : Mus ialah Farabian
Kesimpulan : Mus ialah orang utan
Premis 2 : Azief sayang Azrul
Kesimpulan : Cayang abang !
p/s :
- Azrul dengan Azief tu adik-beradik kembar tapi tak seiras . .
- Azief dengan Zafri tu kelas lain .
- Iqmal Harith ada penyakit ekzema
- Salsabila tu budak form 2
- Paan tu ketua kelas kitorang
Terima kasih kepada watak-watak utama :
Paan |
Iqmal Harith |
Akmal |
Salsabila |
Mus |
Azrul |
Azief |